Iklan

Monday 6 July 2015

Tips Hilangkan Kahak Bayi

Sebenarnya, tips ni saya perolehi dari perkongsian grup whatsapp kami, Super BF Moms.. Mungkin juga ianya dikongsi dari grup-grup lain, wallahualam. Apapun, terima kasih buat pemilik asal tips ini yang telah berkongsi untuk kita semua.
Saya nukilkan tips ini ke dalam artikel blog, supaya senang untuk dirujuk oleh semua, bila diperlukan.

 

Tips Hilangkan Kahak Bayi


1) Air kelapa
Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula.
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.


2) Madu
Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau baby, madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa


3) Teknik tepuk @ percussion. 
Thermal steam therapy - duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas.  Boleh rujuk caranya di sini.  Saya pernah cuba lakukan tips ini pada Asyfa 2 minggu lepas, Alhamdulillah menjadi.

  
4) Gas nebulizer
Untuk cairkan kahak.
Kahak akan keluar melalui najis atau muntah


5) Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega - ia membantu mencairkan kahak. Suka untuk saya cadangkan untuk cuba amalkan OmegaGuard Shaklee, kerana ianya minyak ikan tulen yang telahpun melalui proses penyulingan berperingkat bagi menyahkan bahan logam berbahaya.
 

6) Garlic Oil
 2 ulas bawang putih + minyak masak
Cara :
-bawang putih dibakar hingga lembut
-lenyekkan + cikit minyak masak
-lulur ke leher, dada, belakang baby
   
7) Daun kaduk + kapur + air
Cara :
- daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
- lulur ke dada, leher, belakang baby


8) Kunyit hidup
Cara:
- bakar kunyit hidup
- gesek pada lesung batu
- ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby

** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.
 
*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

 

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.

Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)
Efie Muhamad (facebook)
COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan


2 comments:

  1. banyak tips yang boleh dijadikan panduan ibu-ibu.
    bagus sebagai alternatif kepada penggunaan ubat-ubatan kpd anak-anak kecil kita.

    Majlis Iftar & Zakat Fitrah

    ReplyDelete
  2. betul..

    kita ikhtiar dulu sendiri, kalo tak ok then takde salahnya untuk kita jumpa doktor pulak kan..

    ReplyDelete