Iklan

Monday 6 July 2015

Rumah Untuk Disewa di Gong Badak, Kuala Terengganu

Rumah ini merupakan rumah pertama saya, dibeli pada tahun 2007 semasa belum berkahwin lagi. Design yang cantik (ada kayu-kayu so saya memang suka hihi), memang sangat menambat hati. Tak fikir panjang, untuk terus mencuba nasib membeli rumah ni dan alhamdulillah dapat.





Lepas kahwin, saya tinggal kat rumah ni selama 2 tahun, dari 2008-2010. Ammar Qayyum sempat la merasa duduk rumah ni selama setahun. Adik-adiknya, Ajlaa' Qaisa & Asyfa Qaisa tak sempat. Tahun 2010, kami buat keputusan untuk berpindah balik ke Kelantan.

Bila dah balik Kelantan, kami mula mencari penyewa. Ya la, rumah jika ditinggalkan kosong lama-lama, akan jadi tak berseri dan nampak usang. Alhamdulillah, Allah permudahkan, diketemukan dengan pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan isteri tengah sarat mengandung yang tengah mencari rumah sewa. Maka, jadilah mereka penyewa rumah ini bermula Oktober 2011. Syukur, kerana mereka merupakan penyewa yang baik, menjaga rumah dengan baik dan tak pernah gagal melunaskan sewa bulanan setiap bulan.

Setiap yang ada, pasti akan berakhir. Begitulah...

Akhirnya, setelah 3 tahun setengah menginap di rumah ini (lagi lama dari kami pernah duduk), mereka juga telah mendapat rezeki bekerja di tempat lain. Secara rasminya, mereka dahpun berpindah keluar pada minggu lepas. Dari masuk ke rumah ini berdua, mereka kini keluar berempat (dahpun dapat 2 orang anak). Begitu pantas masa berlalu.

Maka, kini saya mengalu-alukan sesiapa yang berhasrat mencari rumah sewa untuk tinggal di rumah ini. Rumah ni, serius best! Hehehe...Ok, tak percaya? Jom tengok ciri-ciri rumah ni, apa yang best sangat tu..





 




Rumah ini merupakan rumah semi-D, dan mempunyai:


  • 4 bilik tidur
  • 3 bilik air
  • 1 stor

Lengkap dengan :

1) Grill untuk pintu dan tingkap
2) Parking untuk 2 buah kereta
3) Penghawa dingin dalam 2 bilik
4) Katil bersaiz king dalam bilik tidur utama, dan bersaiz queen dalam satu bilik biasa
5) Lengkap dengan wardrobe pakaian bilik tidur utama, dan almari pakaian dalam 1 bilik biasa
6) Dapur yang lengkap dengan kitchen cabinet
7) Dapur untuk memasak
8) Almari pasang siap di ruang tamu
9) Laman yang luas untuk anak-anak bermain

Demographic rumah ini :
Hanya 20 minit ke pusat bandar Kuala Terengganu.

Hanya 5 minit ke :

[Pusat Pendidikan]
 1) UNiSZA
2) UMT
3) Maktab Perguruan Batu Rakit
4) ILP Gong badak
5) Open University
6) Sekolah rendah & menengah (Agama, Mrsm, SBPI, teknik, vokesional, harian biasa)

[Masjid]
1) Masjid Wakaf Baru
2) Masjid Wakaf Tembesu
3) Masjid Kusza (Unisza)
4) Surau di setiap taman

[Kemudahan awam]
1) ATM (All banks)
2) Petrol pump
3) Airport
4) Balai polis
5) Balai bomba
6) Klinik kerajaan & swasta

[Riadah dan hiburan]
1) Sport Planet (futsal and badminton)
2) Tok Jembal Futsal
3) Pantai Tok Jembal & Teluk Ketapang
4) Tok Jembal Golf Club
5) Pusat Sukan Negeri Terengganu
6) Gym
7) Stadium tertutup dan terbukak
8) Drift track
9) Bowling

[Restoran dan supermarket]
1)McD
2)KFC
3) Burger King
4) Secret Recipe
5) Marrybrown
6) Pizza hut
7) Kedai makan sotong celup tepung (ICT)
8) Mamak 24/7
9) Mydin mall
10) Giant mall
11) Hock Kee Seng hypermarket
12) Sabasun hypermarket

Kadar sewa adalah RM1500 sebulan.
Jika berminat sila hubungi ditalian:

Puan Efie : 019-9890707

Encik Adli: 019-3071308


*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

 

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.

Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)
Efie Muhamad (facebook)
COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan





1 comment: