Iklan

Wednesday 8 July 2015

6 Sunnah Rasulullah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan usia buat kita, untuk bertemu lagi dengan 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik sekejap sangat kan masa berlalu. Rasa macam baruuu je sambut awal Ramadhan hari tu, kini dahpun nak berlalu bulan Ramadhan ni..

Begitu jugalah dengan usia kita.. Setiap detik yang berlalu, semakin singkat masa yang kita ada di dunia ni. Semakin sedikit peluang yang kita perolehi untuk menambah bekal kita ke Sana. Semoga, segala amalan kita selama ini, akan diterima olehNya, dan semoga Allah kuatkan diri kita untuk melipatgandakan lagi usaha kita untuk menambah bekal ke Sana.

Sempena 10 malam terakhir Ramadhan ini, yang mana kita tau didalamnya terkandung 1 malam yang malamnya adalah lebih baik dari 1000 bulan (cuba kira berapa tahunkah 1000 bulan tersebut)... bukankah ianya bersamaan dengan 83 tahun? Subhanallah.. hanya dengan 1 malam kita beribadah, pahalanya seumpama kita beribadah selama 83 tahun.. usia kita pun mungkin tidak sepanjang itu kan?

Jadi, ayuhlah kita manfaatkan usia yang masih Allah pinjamkan ini, untuk mencari Lailatul Qadr..

Cheklist Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan





Solat ➳ Solat di awal waktu, dan perbanyakkanlah solat-solat sunat. Bangunlah di 1/3 malam. Masa bangun sahur tu, peruntukkanlah 10-15minit atleast untuk kita mengadapNya..

Tilawah Al-Quran ➳ sepanjang bulan Ramadhan ni, usahakanlah untuk kita cuba khatamkan bacaan Al-Quran. Lebih baik lagi sekiranya kita turut sama hayati terjemahannya.

Zikrullah ➳ basahkan bibir kita dengan sentiasa memuji-muji kebesaran Allah

Banyakkan Istighfar ➳ kita hanya hambaNya.. kerdil.. tidak maksum.. penuh dengan dosa-dosa, samada kita sedar ataupun tidak.. lazimi beristighfar, semoga ianya dapat mensuci hati dan jiwa kita

Doa➳ bulan Ramadhan, merupakan bulan yang dijanjikan Allah mustajab doanya. Maka, sayang sekali sekiranya kita tidak merebut peluang ini. Mintalah padaNya, rayulah padaNya kerana Dia suka hambaNya meminta-minta kepadaNya. Mintalah apa sahaja, duniawi apatah lagi ukhrawi.

Iktikaf di Masjid➳ bagi sesiapa yang berkemampuan, cubalah untuk banyakkan masa untuk beriktikaf di masjid. Banyak masjid yang menghidupkan malam 10 terakhir ni. Ramai yang ambil peluang untuk tidur di masjid, supaya lebih senang untuk bangun di sepertiga malam.

Sama-sama kita muhasabah diri..
Sama-sama kita jadikan panduan untuk diri..

Fitrah manusia itu lupa.. Sama-sama kita peringatkan diri masing-masing insya Allah..
 
Tazkirah yang saya dengar di IKIM pagi tadi..

'Janganlah kita mencari LailatulQadr untuk menjadi baik, tetapi jadilah baik untuk kita berjumpa dengan LailatulQadr'
 
Semoga Allah kurniakan kita dengan kebaikan, sehingga kita dapat bertemu dengan Al-Qadr insya Allah..

*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

 

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.
Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)
Efie Muhamad (facebook)
COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan

No comments:

Post a Comment