Iklan

Thursday 9 July 2015

Perlukah Menghukum Anak?

Anak sulung saya, Ammar Qayyum berusia 6 tahun..

Fuhhh, lumrah anak lelaki kot, tingkahlakunya acapkali menggugat kesabaran saya.. hihihi... biasa la kan, saya pasti ibu bapa lain pun sering berhadapan dengan kesabaran yang tergugat dalam proses membesarkan anak. Bukan senang ya.. hihi...

 Isnin lepas, saya ada memintanya membuat sesuatu (lupa apakah yang saya suruh tu, mungkin solat Isyak), tapi dia buat derkkkk je.. beberapa kali disuruh, pun masih ada alasan jugak.. kemudian ada beberapa kelakuan lain yang mengurangkan lagi tahap kesabaran saya (lupa jugak apakah.. mungkin gaduh dengan adiknya kot...ohhhoooo serius kena tambah dos OmegaGuard ni, sel otak kurang berhubung).

Apa Yang Saya Buat?


Ya, saya DENDA beliau!



Secara spontan, bila kesabaran saya totally hilang, saya cakap kat dia..

"Ammar, tak boleh tengok TV selama seminggu! Tak boleh tengok Youtube selama seminggu!"

Fuhhh.. Saya tak sangka saya denda beliau begitu.. selalunya, jari laju je jadi sepit ketam bila anak-anak nakal (ok, ai admit cara tu salah).

Ammar ni, jenis yang saaaaaaangat suka tengok TV. Bangun pagi, lepas mandi untuk ke sekolah, terus bukak TV (padahal rumah saya takde ASTRO.. tak dapat bayangkan bagaimanalah keadaannya kalo rumah saya ada ASTRO), bukannya nak breakfast ke apa ke dulu... apa je ada kat TV tu dia hadap je..

Internet pulak, memang dah lama saya buat peraturan HANYA HARI CUTI sahaja yang dibenarkan. Nak tengok Upin Ipin ke Doraemon ke memang kena tunggu hari cuti lah. Bila tiba je Jumaat Sabtu, memang maraton dia bukak Youtube, sampai pening kepala saya huhuhu...

So, saya bayangkan denda yang saya kenakan tu akan susah untuk dilaksanaka (read: saya sentiasa kena jadi tarzan untuk pastikan denda itu berjalan).

Amazingly, rupanya denda yang saya buat tu, Ammar dapat ikut tanpa banyak soal. Alhamdulillah.. saya doakan beliau akan tetap sebegini sehingga besar, despite of kenakalan dan tantrumnya itu tapi dia tetap dengar dan ikut apa yang saya putuskan. Syukur...

Kemudian, saya terfikir, betul ke cara yang saya buat ni.. Jawapannya saya jumpa di sini..


 








 Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 4 denda ini berjalan. Saya dapat lihat beberapa perubahan positif dalam diri Ammar. Dalam masa 4 hari ni, beliau agak lebih mendengar kata, kurang tantrum, masa lapang dihabiskan secara lebih positif iaitu bermain mainan fizikal, bermain dengan adik-adik dan membaca buku.



Benarlah, hiburan untuk anak tidak salah, tapi kita yang harus mengawalnya.

Mendenda anak juga tidak salah, tapi harus kena dengan kesalahan, dan juga sesua dngan denda yang dikenakan, terutama sekiranya anak kita itu masih kecil lagi.

Insya Allah..

Semoga kita dapat menggali lagi ilmu-ilmu parenting, sebagai bekal dalam membesarkan anak zaman penuh cabaran ini..


*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

 

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.
Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)
Efie Muhamad (facebook)
COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan






No comments:

Post a Comment