Iklan

Saturday 11 July 2015

Amalkan 4 Prinsip dan 7 Strategi Ini dan Anda Akan Bebas Dari Hutang!

 Saya tahu, ramai antara kita terperangkap dengan hutang. Tak kiralah hutang apa sekalipun. Hutang belajar, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang peribadi dan pelbagai jenis hutang lagi yang membebankan. Ya, ia sangat membebankan, kerana saya juga seperti anda. Terbeban dengan hutang!

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ketahui, artikel blog oleh saudara Zulkifli Shafie dan dipetik dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin. Ya, saya tau ramai di antara kita yang memiliki buku ini, tapi saya juga yakin ramai juga yang masih belum memiliki buku yang sangat bermanfaat ini. Juga, artikel ini sebagai refreshing bagi mereka yang dahpun memiliki buku ini, dahpun membaca buku ini, namun LUPA untuk praktikkan ilmu ini.. 



Jom sama-sama kita refresh balik...

4 Prinsip Bebas Hutang



Prinsip 1

Beli sesuatu secara tunai. Jika belum mampu sabarlah dan terus menyimpan.



Prinsip 2

Hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan. Jika pendapatan RM1000 belanja pun RM1000, ataupun jika pendapatan bertambah menjadi RM10,000 dan perbelanjaan pun turut bertambah menjadi RM10,000 maka ini namanya hidup ikut kemampuan. Cara ini berbahaya, kerana ia seumpama hidup di tebing gaung hutang yang dalam. 

Hidup di bawah kemampuan tidak begitu. Berbelanja mengikut kemampuan,bukan kemahuan. Barulah ada baki untuk disimpan.



Prinsip 3

Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Jika rasa berat untuk menyimpan setiap bulan, menabunglah setiap hari. Mulakan menabung RM2 sehari, maka sebulan sudahpun dapat menyimpan RM60. Bila sudah biasa, menyimpan RM200 sehari pun akan rasa biasa. RM60 setiap sebulan, maka setahun dahpun RM720. Jika RM200 sehari, setahun dahpun RM72,000. Wahhhhh... hihihi... Jika 10 tahun? Haaa kiralah sendiri ya..
Semua orang boleh menyimpan kerana ia bukan soal jumlah, tetapi soal tabiat.



Prinsip 4

Bina pendapatan kedua.

Petikan dari blog saudara Zulkifli

"Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim bisnes. Anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih dari 50%. Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang. Alhamdulillah"

Haaa,  bab ni suka ingin saya cadangkan untuk bina pendapatan dari bisnes Shaklee. Hanya yuran pendaftaran RM80 sekali seumur hidup, dan anda sudahpun boleh berniaga, samada secara offline ataupun online macam saya. Ingin bersama saya? Jommmm...

3 Sebab Kenapa Saya seronok Berniaga Online Dengan Shaklee

http://vitaminsaya.blogspot.com/2014/02/3-sebab-saya-seronok-berniaga-online.html

7 Strategi Bebas Hutang

  1. Jangan buat hutang lagi
  2. Langsaikan hutang yang interestnya paling tinggi dulu
  3. Buka dana 'full-settlement' hutang
  4. Gunakan duit durian runtuh seperti bonus untuk langsaikan hutang
  5. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam full-settlement hutang
  6. Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana 'full settlement hutang
  7. Bayar hutang secara automatik

Jom sama-sama kita praktikkan. 
Sama-sama BEBAS HUTANG!
Sama-sama menuju FINANCIAL FREEDOM!

*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

 

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.
Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)
Efie Muhamad (facebook)
COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan

No comments:

Post a Comment