Iklan

Sunday 5 July 2015

Rawatan Steam Percussion Untuk Asyfa Qaisa

Bila anak-anak kita tak sihat, kita sebagai ibu bapa, sangat susah hati kan? Especially kalo baby, sangat-sangat lah kita susah hati, memang tak tidur malam la kan.. 
Tambah-tambah baby kan sangat fragile, senang sangat dapat jangkitan.



Minggu lepas, saya pun diuji. Baby saya Asyfa Qaisa (3 bulan), kena selsema dan bunyi berkahak. Mujur batuk takde. Kalo tak lagi jenuh kan. Masa tu, teringat time Abang Ammar dan Kakak Ajlaa' kecik-kecik dulu, pernah diwadkan akibat lelah @ asthma. Ammar masa umur 3 bulan setengah, Ajlaa' masa umur 8 bulan, 9 bulan dan setahun lebih.. Sampai 3x tu huhuhu....



Kisah Ajlaa & dan Asthma

Ajlaa' Qaisa, semasa diwadkan akibat asthma ketika berusia 8 bulan
 Lantaran tak nak lagi perkara yang sama berulang kembali, saya cuba buat rawatan remedi secara alami kat rumah melalui steam percussion. Tak pernah buat lagi ni, first time try.

Bagaimana saya buat?

Saya guna rice cooker.. kalo taknak, boleh guna besen yang berisi air panas ataupun steriliser..


 
Saya letak 2 ulas bawang putih yg diketuk sikit.. Boleh jugak letak habbatussauda...
 
 Kemudian, saya letakkan Asyfa secara meniarap atas peha, muka tala ke dalam rice cooker. Hati-hati ya takut terkena periuk panas..

Tepuk Asyfa kat belakang kiri dan kanan secara tepuk percussion..





Dalam 10 minit kot..
Ingat nak 15minit tp tak sempat, lenguh.. Maklumlah Asyfa dah 7.3kg, beratttt.... hehe

Lepas buat tu, terus keluar kahak cair kaler putih (bukan jernih).. pastu diikuti dengan muntah.. lepas muntah, nampak lega.. bunyi berkahak ada lagi, tapi kurang la sikit..

Takde gambar yang diambil semasa proses, maklumlah saya buat sorang-sorang time encik suami pergi kerja. Tak dapekla nak mengambil gambar kan..Boleh jugak tengok kat artikel ni, ada gambar yang dikongsi..

PERHATIAN!

Janganla buat sekali then terus harapkan baby sembuh sepenuhnya. Jangan cepat kecewa tau.. Saya buat 2x sehari, selama 2 3 hari berturut-turut. 

Alhamdulillah, Asyfa makin sihat dan tak perlu ke klinik. Allah yang menyembuhkan, dengan cara yang pelbagai sebagai ikhtiar.. 


*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.

Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)
Efie Muhamad (facebook)
COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan

No comments:

Post a Comment