Rumah ini merupakan rumah pertama saya, dibeli pada tahun 2007 semasa belum berkahwin lagi. Design yang cantik (ada kayu-kayu so saya memang suka hihi), memang sangat menambat hati. Tak fikir panjang, untuk terus mencuba nasib membeli rumah ni dan alhamdulillah dapat.
Lepas kahwin, saya tinggal kat rumah ni selama 2 tahun, dari 2008-2010. Ammar Qayyum sempat la merasa duduk rumah ni selama setahun. Adik-adiknya, Ajlaa' Qaisa & Asyfa Qaisa tak sempat. Tahun 2010, kami buat keputusan untuk berpindah balik ke Kelantan.
Bila dah balik Kelantan, kami mula mencari penyewa. Ya la, rumah jika ditinggalkan kosong lama-lama, akan jadi tak berseri dan nampak usang. Alhamdulillah, Allah permudahkan, diketemukan dengan pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan isteri tengah sarat mengandung yang tengah mencari rumah sewa. Maka, jadilah mereka penyewa rumah ini bermula Oktober 2011. Syukur, kerana mereka merupakan penyewa yang baik, menjaga rumah dengan baik dan tak pernah gagal melunaskan sewa bulanan setiap bulan.
Setiap yang ada, pasti akan berakhir. Begitulah...
Akhirnya, setelah 3 tahun setengah menginap di rumah ini (lagi lama dari kami pernah duduk), mereka juga telah mendapat rezeki bekerja di tempat lain. Secara rasminya, mereka dahpun berpindah keluar pada minggu lepas. Dari masuk ke rumah ini berdua, mereka kini keluar berempat (dahpun dapat 2 orang anak). Begitu pantas masa berlalu.
Maka, kini saya mengalu-alukan sesiapa yang berhasrat mencari rumah
sewa untuk tinggal di rumah ini. Rumah ni, serius best! Hehehe...Ok, tak
percaya? Jom tengok ciri-ciri rumah ni, apa yang best sangat tu..
