Iklan

Thursday 3 September 2015

Resepi Paru Goreng Rangup Crunchy

Jumaat 2 minggu lepas, saya ada up status dekat FB saya Efie Muhamad, tentang keterujaan saya bila dapat tahu 'resepi rahsia' bagaimana cara nak goreng paru bagi rangup macam kita makan keropok tu. Rupa-rupanya, ramai jugak kawan-kawan saya yang berminat nak tahu bagaimana cara yang betul nak goreng paru..Sebenarnya takdelah rahsia sangat pun, mungkin saya je yang tak tahu hihihihi....

So, kat sini saya nak kongsi,  cara-cara nak goreng paru.. Semoga bermanfaat ;-)

Resepi Paru Goreng Crunchy


Bahan:

Paru
Garam
Telur
Tepung goreng ayam Adabi

Cara-cara:

  • Paru direbus terlebih dahulu.
  • Masukkan sekali sedikit garam.
  • Bila masak, sejukkan.
  • Kemudian, potong paru nipis-nipis macam yang biasa kita makan kat kedai tu.
  • Pecahkan telur ke dalam (tengok kuantiti paru, kalo sedikit je 1/2 biji telur pun dah memadai - pepandai la ejas cmane nak buat setengah biji tu kan hihihi).
  • Last sekali, masukkan tepung goreng Adabi. Gaul rata dan terus goreng dalam minyak yang banyak. Haaaa yang ni lah rahsia kerangupan paru goreng kita tu nanti > tepung adabi + minyak yang cukup dan betul-betul panas. Memang marvellous!!!  


Nota: Kalau takde tepung Adabi ni, boleh jugak masukkan tepung jagung + sedikit kunyit + sedikit rempah kari. Rangup jugak, insya Allah.. Saya dah try jugak buat guna tepung jagung, sebab suami tiba-tiba bawak balik paru mintak goreng, dan masa tu takde tepung adabi tu kat rumah.. Takde akar, rotan pun berguna kan.. hihi..

*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

 

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.
Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)

qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)

Efie Muhamad (facebook)

COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan



1 comment: