Iklan

Saturday 22 August 2015

Merawat Anak Demam Selsema Secara Remedi di Rumah

Anak-anak kita, sering terdedah kepada jangkitan demam atau selsema, baik dari usia bayi, sehinggalah tadika mahupun sekolah rendah. Ianya mungkinlah disebabkan faktor persekitaran (cuaca tak menentu), juga berjangkit daripada rakan sebaya kat sekolah ataupun pusat asuhan. 

Asyfa Qaisa, anak ke 3 saya yang baru berusia 5 bulan tu pun terjangkit sama, walaupun saya tak hantar pun beliau ke pusat asuhan.. memang jaga sendiri je kat rumah.. Tapi, disebabkan abang dan kakak beliau yang sayang sangat kat adik ni, kerap dok cium-cium gomol-gomol adik, padahal diorang pun tengah selsema, maka adik pun terjangkit sama. Penat nak tegah, nama pun budak-budak lagi kan diorang ni.. hmmm redha je la umi ni...

Ajlaa' kat sekolah.. cer teka mana satu Ajlaa'... hihihi...


So, disebabkan Asyfa ni kecik sangat lagi untuk diberi makan sebarang ubatan, maka saya usaha sendiri untuk kurangkan demam selsema beliau kat rumah.. Sebenarnya, untuk Ammar & Ajlaa' pun sama, saya cuba juga rawatan remedi ni.. Namun PCM pun tetap saya bagi kat Ammar & Ajlaa', especially bila suhu badan tinggi sangat (lebih dari 38'C).

Ok, jom ibu-ibu, kita tengok apa yang kita boleh buat kat rumah.

Teknik Hidroterapi Stokin Basah



Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai.
Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam.
 
Kenapa di kaki?

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

Selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria.

1. GARLIC SOCKS - MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.
 
Cara untuk bayi atau anak kecil :


1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg     
    berlubang-lubang.
2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk 
    sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu
    ditakuti kaki anak terlalu kepanasan 
    (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi 
     kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan  minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :


Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau 
    bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu 
    menyerap dalam kulit sebagai antivirus .
Bawang putih sangat baik utk paru-paru. Ia juga akan melawan bakteria & virus dan pada masa yg sama juga meningkatkan imun badan.


Itu untuk anak la kan.. Untuk kami umi abi diorang ni, bila rasa tak sedap badan je, ataupun hidung mula sokseksoksek kami cepat-cepat telan 2 biji Garlic Tablat.. Alhamdulillah cepat je lega...


 
2.ONION SOCKS

Menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.
3. LEMON SOCKS - MERAWAT DEMAM

Cara merendam stoking dengan jus lemon.
1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon 
    biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.
2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.
3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan 
    kembali pada kaki.
Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering).
Cara hirisan lemon :
1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut 
    dengan stoking.
3. Pakaikan stoking semalaman.
4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.


4. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL - MERAWAT DEMAM
 

1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. 
    Atau ikut kadar 1:1
2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.
3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan 
    kembali pada kaki.
*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)
*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.



Sebelum memulakan semua rawatan di atas sila lakukan ujian pada kulit anak dahulu..

oleskan sedikit bahan yang mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. 
Jika tidak, boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..
Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?
Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .

>>>Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.

 Sumber dari : GROUP NUTRISI REMEDI ALAMI M'SIA
https://www.facebook.com/groups/GNRAM/

Artikel asal dipetik dari 

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES 

*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

 

Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.
Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)

qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)

Efie Muhamad (facebook)

COD: Kota Bharu dan kawasan berdekatan

2 comments:

  1. masa anak demam selsema tempoh hari saya letak kunyit pada hidung..Alhamdulillah, esoknya dah tak selsema lagi.

    ReplyDelete