Iklan

Saturday, 22 August 2015

Merawat Anak Demam Selsema Secara Remedi di Rumah

Anak-anak kita, sering terdedah kepada jangkitan demam atau selsema, baik dari usia bayi, sehinggalah tadika mahupun sekolah rendah. Ianya mungkinlah disebabkan faktor persekitaran (cuaca tak menentu), juga berjangkit daripada rakan sebaya kat sekolah ataupun pusat asuhan. 

Asyfa Qaisa, anak ke 3 saya yang baru berusia 5 bulan tu pun terjangkit sama, walaupun saya tak hantar pun beliau ke pusat asuhan.. memang jaga sendiri je kat rumah.. Tapi, disebabkan abang dan kakak beliau yang sayang sangat kat adik ni, kerap dok cium-cium gomol-gomol adik, padahal diorang pun tengah selsema, maka adik pun terjangkit sama. Penat nak tegah, nama pun budak-budak lagi kan diorang ni.. hmmm redha je la umi ni...

Ajlaa' kat sekolah.. cer teka mana satu Ajlaa'... hihihi...


So, disebabkan Asyfa ni kecik sangat lagi untuk diberi makan sebarang ubatan, maka saya usaha sendiri untuk kurangkan demam selsema beliau kat rumah.. Sebenarnya, untuk Ammar & Ajlaa' pun sama, saya cuba juga rawatan remedi ni.. Namun PCM pun tetap saya bagi kat Ammar & Ajlaa', especially bila suhu badan tinggi sangat (lebih dari 38'C).

Ok, jom ibu-ibu, kita tengok apa yang kita boleh buat kat rumah.

Teknik Hidroterapi Stokin Basah


Sunday, 26 July 2015

Siapakah Mahram Yang Disebabkan Oleh Penyusuan?

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya  3 orang anak susuan, selain daripada 3 orang anak kandung. Seorang daripadanya merupakan anak yang dipelihara oleh kakak saya seawal usianya 42 hari (saya menyusukannya sebagai asbab untuk menjadikannya mahram kepada kakak saya). 2 orang lagi, insan asing, yang memang saya tak kenal yang Allah hantar kepada saya dengan cara yang sungguh unik.. Nak cerita panjang sangat heheh... 

Apapun, jom kita rujuk artikel di bawah, sebagai panduan kepada kita yang mempunyai anak susuan, termasuk saya sendiri.. Penting sangat ni untuk kita tahu...


Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud : ‘Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, …dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu…’ (surah al-Nisa’ : 23).
         

Sunday, 12 July 2015

Resepi Muffin Coklat Yang Mudah: Gebu Di Luar Lembut di Dalam

Saya ni, jenis yang sangat sukakan apa-apa makanan yang bersumberkan coklat. Dari kecik lagi. Dulu-dulu masa kecik, kalo dapat beli coklat bar tu, memang rasa heaven sungguh. Sampai sekarang, memang suka makan coklat bar hihihih...

Sebut je apa, boleh dikatakan semua saya suka..

Kek coklat..
Biskut coklat chips..
Aiskrim coklat..
Air kotak coklat..
Dan lain-lain lagilah..

Pendek kata, nak beli apa-apa, mesti coklat yang jadi pilihan saya heheheh...

Ok, bila kita suka, mesti kita nak share dengan orang kan..

Kali ni, saya nak share resepi Muffin Coklat yang baru saya buat semalam..


Cubalah..

Saturday, 11 July 2015

Amalkan 4 Prinsip dan 7 Strategi Ini dan Anda Akan Bebas Dari Hutang!

 Saya tahu, ramai antara kita terperangkap dengan hutang. Tak kiralah hutang apa sekalipun. Hutang belajar, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang peribadi dan pelbagai jenis hutang lagi yang membebankan. Ya, ia sangat membebankan, kerana saya juga seperti anda. Terbeban dengan hutang!

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ketahui, artikel blog oleh saudara Zulkifli Shafie dan dipetik dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin. Ya, saya tau ramai di antara kita yang memiliki buku ini, tapi saya juga yakin ramai juga yang masih belum memiliki buku yang sangat bermanfaat ini. Juga, artikel ini sebagai refreshing bagi mereka yang dahpun memiliki buku ini, dahpun membaca buku ini, namun LUPA untuk praktikkan ilmu ini.. 



Jom sama-sama kita refresh balik...

4 Prinsip Bebas Hutang


Friday, 10 July 2015

Minyak Ikan Omega Untuk Anak Supaya Tidak Lagi Batuk Berkahak dan Asthma

Ini pengalaman saya sendiri, bukan dipetik dari testimoni orang lain..

Kisah ini, pernah saya tulis dulu di sini..

Cairkan Kahak Dan Redakan Batuk Dengan OmegaGuard Shaklee 

Alhamdulillah, rezeki Allah aturkan, asthma Ajlaa' Qaisa berkurang, dan terkawal akibat pengambilan OmegaGuard seawal usia beliau setahun lebih. Anak dara saya ni jugak, agak kurang diserang batuk-batuk, berbanding abangnya Ammar Qayyum (Ammar: saya masih gagal untuk beri dia makan Omega, tersangatlah picky eater).